Rabu, 4 Februari 2009

MESSI SERUPA MARADONA : HENRY

MADRID : Gaya penyerang Argentina Lional Messi serupa dengan pamain bola sepak lagenda Diego Maradona, rakan sepasukannya di Barcelona, Thierry Hendry.

“ Saya tidak mahu memberikan tekanan ke atas Messi, tapi anda perlu mengatakannya. Dia sangat serupa dengan Maradon, pamain terbaik yang saya pernah lihat. Dia memasuki padang dan melakukan perkara-perkara yang hanya dia seorang tahu bagaimana untuk lakukannya, ” dia memberitahu satu sidang media.

” Adalah biasa untuk bergantung kepada Messi tapi kami tidak mati tanpanya, sekalipun adalah baik jika dia ada di padang, ” tambah Henry, yang menjaringkan 12 kali dalam liga setakat ini, tahun ini, bilangan yang sama untuk sepanjang musim lalu.

Messi 21, menjaringkan dua kali Ahad lalu ketika Barcelona menang 2-1 di Satander selepas diturunkan sebagai pemain gantian babak kedua perlawanan sekligus membolehkan kelab itu mengekalkan jurang 12 mata di persada carta Liga Primera Sepanyol.

Tiada ulasan: